Mengikut kajian Dato' Dr Zuraina, ketua penyelidik
USM yang menemui rangka tersebut, ia ditemui di Gua Gunung Runtuh, dengan
dikelilingi tulang-temulang bangkai haiwan seperti khinzir, pelanduk dan
kura-kura. Rangka ini juga dikebumikan dengan kakinya dirapatkan ke dada. Ini
menunjukkan Perak Man dikebumikan mengikut ritual khusus masyarakat Paleolitik.
Kita sedia maklum bahawa kulit siput pada zaman dahulu, adalah sesuatu yang sangat berharga. (Itulah juga asal mengapa orang Perak menyebut nilai mata wang sebagai (kupang)
Masyarakat Paleolitik pada zaman itu menggunakan batu yang kasar sebagai alat memotong daging, senjata dan seumpamanya. Terdapat beberapa artifak seperti batu yang tajam di sisinya, dipamerkan di Muzium Lenggong, Perak.
Selain itu, kulit siput dan tembikar lama juga membuktikan masyarakat Paleolitik sudah mula membina tamadun mereka pada waktu itu.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.
Lebih menarik lagi, Perak Man mengalami kecacatan kekal Brachymesophalangia
Type A2 iaitu tangannya tidak sama panjang. Tulang belakangnya juga bengkok
tetapi arkeologis percaya Perak Man adalah seorang yang sangat dihormati oleh masyarakatnya ketika itu.Ini kerana di kawasan perkuburannya, terdapat lebih daripada 3,000 kulit
siput. Ssetengah daripada siput itu sudah tiada lagi pada zaman ini.
Kita sedia maklum bahawa kulit siput pada zaman dahulu, adalah sesuatu yang sangat berharga. (Itulah juga asal mengapa orang Perak menyebut nilai mata wang sebagai (kupang)
Masyarakat Paleolitik pada zaman itu menggunakan batu yang kasar sebagai alat memotong daging, senjata dan seumpamanya. Terdapat beberapa artifak seperti batu yang tajam di sisinya, dipamerkan di Muzium Lenggong, Perak.
Selain itu, kulit siput dan tembikar lama juga membuktikan masyarakat Paleolitik sudah mula membina tamadun mereka pada waktu itu.
Kedudukan rangka Perak Man semasa penemuannya.
Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung
Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya
sebagaimana ia ditemui.
Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok
manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok
manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua
sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut
bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani
kehidupannya.
Ilustrasi kehidupan manusia zaman pra sejarah..
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45
tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan
posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan
bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu
siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah
rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan
tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
My Kad Perak Man.. Salah satu bahan pameran di Muzium
Arekologi Lenggong..
No comments:
Post a Comment