DEFINISI KESIHATAN
Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.
Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan
insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,
1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal,
minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang
penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan
bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang
sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan insan.
Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh
manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru,
sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai
dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti
sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi
dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian,
seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan
yang selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan
tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah
diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.
Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula
bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti,
malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis
atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh
kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan
tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan
kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih
tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu
pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam
sistem piramid makanan.
Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi
makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan
gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan
diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu
mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang
tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan
nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan
produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang
hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit
seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan
kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi
manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap
makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan
sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh
badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.
Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan
badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan,
kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu
mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu
sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik.
Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.
Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang
tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh
badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan
menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi
senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita
harus melakukan senaman yang konsisten.
Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup
terutama apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan
badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama
di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan
aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang
kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan,
pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.
Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan
seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala
kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi
menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan
mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.
CARA NABI JAGA
KESIHATAN DIRI
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang
perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu
dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi
Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi
baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa
berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar.
Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta
penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara
beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
1. Selalu
bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini
memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran
udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan
akal fikiran.
2. Aktif
menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat,
Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang
dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat
Muslim)
3. Tidak
pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah s.w.t yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang
tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga
untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan
berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa
sunat.
4. Gemar
berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan
mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma
terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita
sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan,
mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak
pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad,
tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan
mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan
apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan,
segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta
menghilang kan gundah
di hati.
6. Optimis
dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi
kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakal kepada Allah s.w.t.
7. Tidak
pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita
perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan
ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru,
jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi.
Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat
dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.
AMALAN KESIHATAN DIRI
Amalan
kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira tua atau
muda. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri?
Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan.
Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan.
Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:
Amalan Asas Kesihatan
Tajuk-tajuk kecil berikutnya menjelaskan peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang cara-cara kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri.
Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:
* Kebersihan diri
* Kebersihan pakaian
* Kebersihan peralatan
* Kebersihan dalam dan luar rumah
* Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan cara penyediaan yang sihat
* Amalan kecergasan fizikal yang tetap
* Mengurus tekanan (stress) dengan baik
* Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat
* Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol
Kesan Daripada Amalan Kebersihan Harian
Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang terdapat dalam najis.
Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya
Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.
Tajuk-tajuk kecil berikutnya menjelaskan peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang cara-cara kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri.
Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:
* Kebersihan diri
* Kebersihan pakaian
* Kebersihan peralatan
* Kebersihan dalam dan luar rumah
* Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan cara penyediaan yang sihat
* Amalan kecergasan fizikal yang tetap
* Mengurus tekanan (stress) dengan baik
* Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat
* Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol
Kesan Daripada Amalan Kebersihan Harian
Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang terdapat dalam najis.
Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya
Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.
Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan
mental kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Seseorang yang tidak menjaga
kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya
jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul
rapat atau berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.
Kita juga perlu menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga kesihatan.
Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah amalan yang baik.
Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan
Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama
teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh
mendapat maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan
peringkat global dan tempatan.
Penggunaan internet untuk menyebar maklumat berkaitan kesihatan
memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka
berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang
teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana
doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk
mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan. Begitu
juga sebaliknya di mana staf di klinik di luar bandar boleh berhubung dengan
hospital utama atau ibu pejabat untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat.
Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.
Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.
Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer (Rajah 2.1),
accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam
darah. Kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat perkhidmatan ini di makmal.
Malah pemeriksaan secara percuma boleh didapati semasa klinik dan hospital
menjalankan aktiviti kem kesihatan dan saringan kesihatan dalam komuniti.
Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.
Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.
Soya asas kesihatan
diri
Berkhasiat memutih, licinkan kulit dan seimbangkan hormon
WANITA dikatakan mula dijengah kedut pada awal
usia 40-an, namun jika ada penjagaan teliti dan sempurna terhadap kulit wajah,
anda mungkin dapat menikmati ‘usia muda’ lebih lama berbanding wanita lain.
Begitupun, kemajuan teknologi kini banyak membantu wanita memiliki ‘rasa muda’ menerusi pelbagai cara walaupun ada wanita setia mengamalkan cara tradisional menjaga kulit wajah supaya tidak dimamah usia. Ada yang berasa muda apabila mereka masih mampu keluar beriadah bersama keluarga mahupun rakan atau takrif muda pada wanita adalah tiada sebarang kedut pada wajah dengan badan berasa sihat serta cergas.
Kenyataannya rasa muda mencetus banyak pengertian bergantung kepada pengisian individu terhadap penjagaan kecantikan dan diri mereka sendiri. Pengambilan makanan tambahan juga dikatakan dapat membantu kesihatan diri ke arah yang lebih bermutu.
Sama disedari atau tidak, banyak makanan tambahan berasaskan bahan tumbuhan semula jadi daripada alam sekitar mempunyai banyak manfaat untuk kesejahteraan badan sekiranya anda tahu kebaikan yang ada pada tumbuhan berkenaan.
Soya umpamanya, sejak berzaman diproses menjadi minuman enak penghilang dahaga selain masyarakat sudah mengetahui khasiat kacang lonjong itu ialah berupaya memutih dan melicinkan kulit selain boleh menggantikan susu sebagai minuman.
Pengurus Pemasaran Nuvafemme, Datin Swanee Teh, berkata soya sejenis bahan khas yang boleh didapati dalam soya membawa banyak kebaikan kepada wanita terutama bagi mereka yang mencari bahan sihat untuk kesihatan diri.
“Bahan berkenaan dinamakan soy isoflavone dan ia boleh ditemui dalam soya. Ekstrak daripada soy isoflavone itu menerbitkan genistein.
“Genistein adalah bahan aktif dalam makanan tambahan berkenaan dan ia menyerupai hormon wanita di dalam badan iaitu estrogen. Ia membantu menyeimbangkan hormon, menjadikan kulit lebih muda, payu dara lebih tegang dan tulang lebih kuat,” katanya pada majlis pengenalan duta Nuvafemme, di ibu kota baru-baru ini.
Sehubungan itu, apabila hormon dalam badan seimbang wanita akan mengalami rasa tenang dan tenteram serta isu penuaan bukan lagi menjadi suatu kerisauan kerana keyakinan terhadap kewanitaan yang sempurna sememangnya tidak ternilai.
Secara keseluruhannya, makanan tambahan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kulit kelihatan muda berseri, tulang menjadi lebih kuat serta mencegah risiko tulang rapuh, pengurangan ketinggian dan tulang belakang yang bongkok.
Begitupun, kemajuan teknologi kini banyak membantu wanita memiliki ‘rasa muda’ menerusi pelbagai cara walaupun ada wanita setia mengamalkan cara tradisional menjaga kulit wajah supaya tidak dimamah usia. Ada yang berasa muda apabila mereka masih mampu keluar beriadah bersama keluarga mahupun rakan atau takrif muda pada wanita adalah tiada sebarang kedut pada wajah dengan badan berasa sihat serta cergas.
Kenyataannya rasa muda mencetus banyak pengertian bergantung kepada pengisian individu terhadap penjagaan kecantikan dan diri mereka sendiri. Pengambilan makanan tambahan juga dikatakan dapat membantu kesihatan diri ke arah yang lebih bermutu.
Sama disedari atau tidak, banyak makanan tambahan berasaskan bahan tumbuhan semula jadi daripada alam sekitar mempunyai banyak manfaat untuk kesejahteraan badan sekiranya anda tahu kebaikan yang ada pada tumbuhan berkenaan.
Soya umpamanya, sejak berzaman diproses menjadi minuman enak penghilang dahaga selain masyarakat sudah mengetahui khasiat kacang lonjong itu ialah berupaya memutih dan melicinkan kulit selain boleh menggantikan susu sebagai minuman.
Pengurus Pemasaran Nuvafemme, Datin Swanee Teh, berkata soya sejenis bahan khas yang boleh didapati dalam soya membawa banyak kebaikan kepada wanita terutama bagi mereka yang mencari bahan sihat untuk kesihatan diri.
“Bahan berkenaan dinamakan soy isoflavone dan ia boleh ditemui dalam soya. Ekstrak daripada soy isoflavone itu menerbitkan genistein.
“Genistein adalah bahan aktif dalam makanan tambahan berkenaan dan ia menyerupai hormon wanita di dalam badan iaitu estrogen. Ia membantu menyeimbangkan hormon, menjadikan kulit lebih muda, payu dara lebih tegang dan tulang lebih kuat,” katanya pada majlis pengenalan duta Nuvafemme, di ibu kota baru-baru ini.
Sehubungan itu, apabila hormon dalam badan seimbang wanita akan mengalami rasa tenang dan tenteram serta isu penuaan bukan lagi menjadi suatu kerisauan kerana keyakinan terhadap kewanitaan yang sempurna sememangnya tidak ternilai.
Secara keseluruhannya, makanan tambahan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kulit kelihatan muda berseri, tulang menjadi lebih kuat serta mencegah risiko tulang rapuh, pengurangan ketinggian dan tulang belakang yang bongkok.
TIPS KURUSKAN BADAN
Ingatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan
berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati
wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.
Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk
seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.
Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga
mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air
bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan
pada hari ini.
Petua Kurus Badan akan berkongsi cara
bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang
mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.
Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin
kurus secara semulajadi (natural).
1. Makan
2. Minum
3. Senaman
4. Rehat
5. Solat
Petua Makan
Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu.
Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada
waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya
waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk
selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.
Kadar makanan
Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita
makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak
berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara
proses yang betul.
Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan
dikunyah lumat baru ditelan.
Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk
tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan,
melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat
diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.
Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa
mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang
banyak dan melebihi had.
Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia
seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk
hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
Panduan Piramid Makanan |
Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja
dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.
Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5
gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran,
tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.
Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar
makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.
Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam
hari.
Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi
makanan, air dan udara.
Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan
mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.
Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30
minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air
bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari.
Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik,
kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau
mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.
Petua Senaman
Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang
untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis.
Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.
Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini
tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita
tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.
Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal,
menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan
seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi
memanaskan badan dahulu.
Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan
menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.
Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah
stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali
seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.
Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu
membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau
perut.
Petua rehat
Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan
lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor
akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat
anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.
Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien
dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ
perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu
malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam
hari mengoptima kerja-kerja ini.
Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh
dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan
mampu menguruskan badan.
Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air
sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan
masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut
memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.
Solat
Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk
dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki psikologi serta jati
diri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya
berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.
Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda,
kerana “alah bisa tegal biasa”.
Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan
berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu
soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan
ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita,
ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun
perkara di atas memang telah diamalkan.
Petua kurus untuk wanita
Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita,
sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga
hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.
Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih
dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan
“lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.
Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun
akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak
terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul
di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan
perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh
badan dan kadang-kadang memalukan.
Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita
terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan
dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan
dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan
pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak
dan menambah awet muda.
Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan
mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.
ARTIKEL KESIHATAN : MENGANTUK LEPAS MAKAN
KHASIAT TABIAT MINUM
AIR
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.
Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup
tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang
beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya
ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan
keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana
sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama
pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu
peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak
akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah
pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita
berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan.
Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air
dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir
dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak
masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang
tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75
peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan
darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari,
walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis,
peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air
dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua
gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan
gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air
minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau
satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu,
aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan
senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas
bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan
tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu
serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat
mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang
alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu
segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak
air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah
dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan
menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi
kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya
masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan
pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia
dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana
buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak
berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan
ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai
juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak
minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang
cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu
karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan
dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk
dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan
paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
·
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
·
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
·
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin
komputer atau bahan bacaan . bercetak
·
Tekanan darah menurun
·
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa
mengantuk
·
Lesu pada waktu siang
·
Sakit belakang
·
Dehidrasi
·
Sakit kepala
·
Memperlahankan kadar metabolisma
·
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
·
Sendi dan otot mengalami kekeringan
·
Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
·
Meningkatkan keinginan untuk makan
·
Darah menjadi pekat
·
Mudah keliru.
·
Degupan jantung meningkat
·
Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
GAYA PEMAKANAN SIHAT
KESIHATAN adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini
yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca
utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan
pemakanan yang tidak bijaksana.
Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia
kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang
lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi
berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan.
Apakah “SARS” juga turun sebagai “bala” yang disebabkan amalan pemakanan yang
zalim ?
Justeru…..kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah.
Amalkanlah gaya pemakanan sihat.
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
1. Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang
digunakan untuk membeli makanan.
2. Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi
dengan “Alhamdulillah”.
3. Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4. Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan
perut.
5. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk
(makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu
sangat tidak digalakkan.
6. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan
berkolestrol.
7. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet,
MSG, dan bahan pewarna.
10. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma,
betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai
makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11. Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja
kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12. Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin
kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Sekiranya anda mampu untuk mengamalkan kesemua perkara di atas,
anda telah dapat menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan yang
dikurniakan oleh Allah SWT.
suker ngan tips yang dikongsikan terutama cara nabi tu...silalah jenguk blog saya yer.. http://prestigiousws.blogspot.com/
ReplyDeleteInfo yang baik. Keep up the good works!
ReplyDeleteBoleh singgah di blog saya
http://insuranstakafulmurah.blogspot.com
Terimakasih untuk info yang menarik. Jemput singgah di blog saya juga Izwacoway.com
ReplyDelete