Ayat Motivasi dan Mutiara Kata
1.
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi
pekerti – Hukama
2.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda
tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
3.
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
4.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu
kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
5.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari
adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
6.
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan
ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
7.
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang.
8.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau
dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
9.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
10.
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
11.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati
hanya sekali.
12.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
13.
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.
14.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
15.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
16.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang
didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
17.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang
adalah merancang untuk gagal.
18.
Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam
sahaja.
19.
Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah –
Ali imran : 159
20.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah.
3 Langkah Bagaimana Memberi Respon Pada Kritikan
DEC 24TH
Kritikan
biasanya negatif semata-mata
untuk menegur kesalahan Anda. Ada juga kritikan dibuat untuk menjatuhkan Anda.
Dalam situasi lain, seseorang mengkritik Anda dengan kata-kata kesat
semata-mata untuk memalukan Anda di khalayak ramai. Jika Anda dikritik, apa
yang sepatutnya perlu dibuat supaya Anda kekal bermotivasi?
Berikut adalah 3 langkah bagaimana untuk memberi respon positif
pada kritikan-krtikan negatif.
1.
Maafkan Si Pengkritik Dan Maafkan Kata-katanya.
Kemaafakan
adalah cara paling penting untuk membuat Anda bersemangat pada tahap tinggi
walaupun di kritik hebat. Lupakan kata-kata yang mengkritik Anda, ambil sebagai
satu pengajaran saja, lepas tu jangan ingat. Jadikan kritikan sebagai cara Anda
mempelajari sesuatu. Katakan itu bukan kritikan, tapi cara untuk mengajar Anda
buat perkara yang betul. Maafkan si pengkritik. Menyimpan rasa marah
terhadapnya hanya akan membuat Anda tidak bermotivasi.
2. Diam
Dan Tenang Ketika Di Kritik.
Jangan
berpeluk tubuh ketika di kritik. Pamerkan air muka tenang, walaupun ketika itu
hati Anda membara, panas sebab dikritik, telinga Anda pedas mendengar suara si
pengkritik. Turunkan ego Anda. Pakai mindset belajar dari kehidupan sepanjang
masa untuk menjadi insan lebih baik. Untuk Anda kekal bermotivasi, Anda perlu
berfikiran positif dan bersangka baik sepanjang masa. Anggap kritikan cara
untuk memberitahu Anda bahawa tindakan Anda salah, hingga tidak memenuhi
‘standard’. Tekad untuk berbuat lebih baik lagi di lain kali, apabila ada
peluang.
3.
Sembunyikan kehebatan, Pamerkan Kesanggupan Berubah Perbaiki Diri.
Sehebat
manapun Anda, elak untuk merasa riak atau merasa diri Anda lebih bagus dari
orang lain. Sembunyikan kehebatan. Pamerkan kesanggupan memajukan diri melalui
perubahan berterusan. Bentuk dir Anda jadi semakin baik dari sehari ke sehari!
Pelajari cara yang betul, kemudian buat. Jangan memajukan diri
semata-mata mahu mengalahkan si pengkritik sebaliknya majukanlah diri supaya
Anda berpuas hati dengan apa yang Anda berjaya capai. Dengan itu, Anda akan
bersemangat mencapai satu tahap pencapaian lebih tinggi. Jika Anda mahu berjaya
semata-mata kerana mahu kalahkan si pengkritik, Anda akan sakit hati apabila
dia semakin maju. Anda tidak akan bersemangat sebaba Anda rasa iri hati, dengki
dan tidak puas hati dengan kemajuanya. Cara paling baik adalah set matlamat
untuk diri sendiri kemudian capai matlamat tu! Mindset persaingan membunuh
semangat. Mindset berusaha mencapai matlamat menyuburkan semangat. Anda akan
sentiasa bermotivasi.
Bagaimana Untuk Membina Anti Stress
Stress adalah perasaan tertekan. Kenapa Anda
tertekan?
Sebab
Anda tidak dapat apa yang Anda mahu. Sebab lain, sesuatu yang Anda tidak pinta,
tidak mahu dan tidak ingin telah terjadi ke atas Anda kemudian terasa susah
untuk keluar darinya, misalnya masalah.
Bagaimana untuk membina anti stress.
Bila
difikirkan anti stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Semakin banyak
memikirkan tentang ubat, semakin banyak timbul penyakit. Sebab? Sesuatu akan
menarik sesuatu yang lain yang serupa dengannya. Fikir stress, Anda akan dapat
lebih banyak stress. Begitu juga dengan berfikir mengenai anti stress, sebab
Anda berada dalam keadaan memerangi stress. Anda lawan stress. Kesannya Anda
akan dapat lebih banyak stress sebab di fikiran Anda wujud stress, bukan
ketenangan.
Lupakan pasal anti stress. Sebaliknya binalah
ketenangan dan nikmati ketenangan itu.
Dengarlah
lagu-lagu yang mendamaikan jiwa, yang tenang dan yang menghiburkan. Elak dengar
lagu bernada sedih, kecewa, putus asa atau hampa. Anda akan merasa sedih,
kecewa, putus asa dan hampa juga serupa dengan apa yang Anda dengari.
Perkataan-perkatan berisi emosi hampa akan membangkitkan emosi hampa di hati
Anda, sebab itulah Anda hampa.
Pergilah
berjalan-jalan di taman, di pantai atau ke mana saja yang Anda rasa Anda boleh
beroleh ketenangan. Ketika disitu, fokuslah untuk merasai ketenangan. Lupakan
habis pasal stress. Tujuan utama Anda adalah untuk mencari ketenangan, rasainya,
simpan lalu nikmati supaya Anda mendapat kekuatan.
Ketika
Anda sedang berada dalam situasi yang penuh stress, sibuk dan penuh
kelam-kabut, caranya tenangkan diri. Bila sudah tenang, tenangkan lagi diri
Anda, lebih tenang dari yang tadi. Inilah cara yang bagus digunakan untuk
mengharungi situasi penuh stress.
Bila
Anda merasa tertekan atau sedang stress memikirkan sesuatu tapi Anda susah nak
lupa, fokus pada PENYELESAIAN. Sebagai contoh, jika Anda stress sebab tidak ada
duit, fikir cemana nak selesaikannya. Jika Anda tidak bersemangat, fikir cemana
nak selesaikannya. Fikir cemana nak jadi bersemangat.
Memfokus
fikiran pada penyelesaian akan membuat Anda bersemangat sedikit sebab Anda
nampak jalan keluar dari stress yang Anda alami. Anda akan rasa sedikit lega.
Ada harapan untuk menyelesaikan kerumitan yang Anda alami.
Lebihkan Tindakan Positif Disamping Berfikiran Positif
Ramai dari kita memang orang berfikiran positif,
tapi cuma sedikit dari kita orangnnya bertindak positif iaitu bertindak
mengikut apa yang ada di fikirannya.
Orang
yang lebih kepada tindakan positif memiliki sifat optimis, iaitu yakin apa yang
dia usahakan semakin memberi kesan sedikit demi sedikit. Semakin efektif
tindakan, semakin baik kesan yang akan muncul (result).
Jadilah
orang yang result-oriented, sebab dari situ Anda akan membentuk diri Anda
menjadi orang bertindakan positif. Soal takut, gusar dan risau itu memang ada
tapi usah biarkan ia menyebabkan Anda berhenti berusaha. Lebihkan pada usaha.
Proses
ke arah mencapai matlamat yang dimahukan lebih penting dari asyik memikirkan
keburukan yang mungkin akan muncul. Samalah seperti mendaki tangga, teruskan
mendaki dan jangan fikir risiko Anda akan terjatuh, walaupun sebenarnya Anda
mungkin boleh terjatuh.
Berfikir
positif sahaja tapi kurang tindakan positif kelak akan memberi kesan yang cuma
minima. Tapi apabila anda berfikir positif selepas itu melebihkan tindakan
positif mengejar pencapaian yang Anda mahukan, kesan yang akan nampak akan jadi
maksima.
Soalnya
adalah bertindak dipandu oleh kepercayaan bahawa apa yang Anda usahakan akan
membuahkan hasil satu hari nanti, bezanya cept atau lambat saja.
RASA PERCAYA DIRI
Aset paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.
Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus "menanamkan input" - saya tidak mampu - dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.
Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.
1. Hindari Mencari-Cari Alasan
Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab...
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll
Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan -- apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.
2. Gunakan Daya Imajinasi
Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.
Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.
3. Jangan Takut Gagal
Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.
4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri
Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.
5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh
Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan "Bean Bag" atas kepala atau berlari dengan memakai guni "Sack Race". Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.
Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.
JUN 22ND
Untuk mengekalkan sikap pemaaf, anda perlu kenali cara anda marah.
Setiap orang ada tahap marahnya sendiri.
Setiap orang dari kita berbeza marahnya. Ada yang mahir kawal
marah, ada yang juga yang cepat naik marah. Ada orang walaupun marahnya tidak
diucap dimulut tapi terpamer diperbuatan misalnya tidak menegur kita langsung.
Sikap memberi maaf perlu ada sebab ia membuang segala emosi
negatif. Dengan maaf, fikiran-fikiran yang membuat kita marah akan hilang
lantas menjadikan hati bebas dari perasaan sakit hati. Maka mudahlah untuk anda
berasa gembira.
Orang pemarah adalah orang paling susah merasa gembira. Sebab
hatinya panas membara sahaja. Dia akan merasa gembira berpanjangan apabila dia
bertindak mengawal marah itu lalu mengalirkannya ke perkara lain.
Orang pemaaf hidupnya tenang-tenang saya kerana hidupnya dipenuhi
energi positif hasil dari ketidaan marah. Oleh kerana marah tidak ada yang
adalah adalah perasaan gembira, bahagia, tenang dan bersyukur.
Anda perlu mahir kawal diri sendiri kerana marah boleh menguasai
anda terutama jika anda lelaki. Ahli ibadah sekalipun pandai naik naik marah,
inikan pula kita yang cuma orang biasa-biasa sahaja.
Ustaz serta ustazah sekalipun boleh naik marah, inikan pula kita
yang ilmu agama tidak sedalam mana seperti mereka. Maka, penting untuk kita
elak marah. Sebab marah sukar di kawal terutama apabila rasa ghairah mahu
menghambur marah.
Dari aspek motivasi, sikap memaafkan membuat anda sentiasa
bersemangat. Caranya, maafkan diri sendiri kerana terbuat silap.
Maafkan diri sendiri kerana tidak memenuhi jangkaan yang anda
sudah letak untuk diri sendiri. Maafkan diri sendiri kerana tidak berupaya
mencapai matlamat yang sudah anda tetapkan.
Anda akan merasa lega selepas itu kemudian bersemangat mahu
mencapai matlamat lain lagi. Setiap anda kurang puas hati dengan diri sendiri
misalnya terbuat silap, terbangun lewat, tertidur, terlupa atau tersalah buat,
cepat-cepat maafkan diri sendiri.
Tujuannya untuk elak marah kuasai anda dalam diam. Apabila marah
sudah beraja di hati, fkiran negatif akan mula menyusup masuk.
Anda akan mula berkata yang tidak baik pada diri sendiri hingga
merasa diri sendiri tidak bagus, lantas merasa kurang yakin.
Kesannya, motivasi anda down!
Tip motivasi kali ini – elak marah.
Bukan supaya orang lain senang perguna-gunakan anda, supaya
orang lain senang ambik kesempatan atas diri anda, supaya orang lain tidak
takut dengan anda. Bukan untuk itu.Bukan.
Tujuannya supaya anda senang rasa bersemangat dan ada motivasi
berusaha tanpa wujud tekanan. usaha keras tapi dalam keadaan tertekan hasilnya
buruk.
Usaha keras dalam keadaan seronok hasilnya berkualiti tinggi.
Buat apa saja dengan perasaan gembira, perkara lain akan jadi
mudah. Buat apa saja dengan perasaan tertekan, sangsi, gusar dan takut, perkara
lain akan jadi susah.
Anda
susahkan diri anda sendiri.
5 Tips Bagaimana Menjaga Fikiran Positif Setiap Hari.
DEC 15TH
1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen
dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk
kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi
berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen,
jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan
begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda
untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan
komplen,jangan ngomel.
2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap
hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah
ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak
tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan
harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada
kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif,
berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat
‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak
mengkondem!
3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti
salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan
adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau
menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan
tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti
menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif
memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan
peranan.
Sebagai
contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak
bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda
perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri
kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi
kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.
4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah
Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang
berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua
orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang
disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu
makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab
mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati
sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.
5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika
sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku
mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas
tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap
kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin,
elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka
bertangguh.
Untuk
membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan
Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya
menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga
fikiran positif yang Anda dah bina.
Penggagal
Kepada Kejayaan
JUN 7TH
Ketahuilah
sesusah-susah Anda, ada orang jauh lebih susah daripada Anda.
Sesenang-senang
Anda, ada orang yang lebih senang daripada Anda.
Maka
janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.
Elak merasa
diri Anda lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.
Racun
kepada ibadah adalah sikap riak.
Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah
perangai merasa diri lebih hebat.
Anda
sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
Seseorang
manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.
Tidak
ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.
Ada
kekurangan, ada kelebihan.
Sikap
terbaik adalah bersederhana. Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar
kejayaan, Anda diam-diamkan pencapaian.
Orang
yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.
Orang
yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
Penggagal kepada kejayaan adalah
sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga Anda lupa
bersyukur. Anda lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian
Tuhan kepada Anda.
Bak
kata pepatah, apabila suda berada di atas, lihat-lihatlah ke bawah. Supaya Anda
tidak menjadi kacang lupakan kulit.
No comments:
Post a Comment