Monday 16 July 2012

KEWUJUDAN HANG TUAH


SATURDAY, JANUARY 21, 2012  GELOMBANG RAKYAT  


Seorang pakar arkeologi hari ini menyelar kenyataan fakta daripada Prof Tan Sri Khoo Kay Kim yang menafikan kewujudan Hang Tuah dengan berpandangan ianya sekadar mitos cerita dongeng semata2.

"Saya percaya tokoh ini wujud. Nama Hang memang sudah wujud di alam Melayu. Panggilan Hang ada di Padang Lawas Sumatera, Indonesia.

"Tetapi nama yang empat orang lagi itu (Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu) mungkin boleh dikaji lagi," kata Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman sambil mempertahankan kewujudan Pahlawan Melayu terdahulu itu berdasarkan bukti arkeologi.


  
Beliau berkata meskipun tiada kajian khusus dijalankan, namun kajian arkeologi membuktikan terdapat beberapa penemuan daripada tinggalan seramik atau tembikar yang menunjukkan kesan pada abad ke-15.

"Kajian khusus tidak ada, tetapi kalau makam, ia ada walaupun nama tidak tertulis padanya," katanya kepada pemberita di ibunegara Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai pendapat ahli sejarah Prof Tan Sri Khoo Kay Kim bahawa Hang Tuah tidak wujud dan lebih merupakan tokoh mistik.

Beliau berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

No comments:

Post a Comment