Kesihatan

DEFINISI KESIHATAN


Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti ada penyakit kencing manis dan mudah diserang penyakit berjangkit lain. ada pelbagai langkah yang boeh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan  sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, sergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit.berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, sangat diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan, terutama bagi yang gemar mengambil makanan seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan berikutan lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian, seakan-akan lumrah pada masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang  selalunya berpunca daripada pengambilan gula secara berlebihan dan tinggi dengan lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan seseorang itu mudah diserang diabetes, darah tinggi serta lemah jantung.

Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi tinggi lemak serta gula bukan sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor gabungan kedua-duanya mengundang kedatangan penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan seimbang amatlah penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid makanan.

Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan.Dengan gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka. Pengambilan susu dan produk susu yang mencukupi sejak peringkat awal usia dan seterusnya disepanjang hayat dapat membantu menjadikan tulang lebih kuat dan melindunginya penyakit seperti osteoporosis( tulang rapuh dan lemah) pada usia lanjut. Kandungan kalsium dan fosforus yang tinggi dalam susu dan produk susu juga memberi manfaat kepada pertumbuhan dan pemeliharaan gigi yang sihat. Setiap makanan yang kita pilih haruslah seimbang dengan keperluan harian kita agar badan sentiasa sihat dan tidak lesu. Sentiasalah peka dengan setiap perubahan tubuh badan sendiri agar tidak mengabaikan kesihatan diri.

Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan mampu mengekalkan kesihatan badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam
kehidupannya. Diet yang seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii
semua zat-zat yang diperlukan oleh seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini
memberikan tahap kesihatan yang baik.

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeuarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut berupaya dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten.

 Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada esok hari. Maka, waktu tidur yang secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik. Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan
memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Kesimpulannya kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.








CARA NABI JAGA KESIHATAN DIRI

BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

1. Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah s.w.t  yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.

6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7. Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.


AMALAN KESIHATAN DIRI
Amalan kesihatan diri adalah amat penting kepada seseorang, tanpa mengira tua atau muda. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan kesihatan diri?


Amalan kesihatan diri bermaksud amalan seharian yang berkaitan dengan kesihatan.
Kita mengamalkan amalan kesihatan diri yang baik sekiranya:


Amalan Asas Kesihatan
Tajuk-tajuk kecil berikutnya menjelaskan peranan kebersihan diri dalam mengekalkan status kesihatan yang baik serta menjamin hubungan sosial. Kita juga akan belajar tentang cara-cara kemajuan teknologi yang dapat membantu menjaga tahap kesihatan diri.


Berikut adalah sebahagian amalan asas kesihatan yang perlu kita amalkan:
* Kebersihan diri
* Kebersihan pakaian
* Kebersihan peralatan
* Kebersihan dalam dan luar rumah
* Pemakanan yang sihat seperti seimbang, mengikut keperluan dan cara penyediaan yang sihat
* Amalan kecergasan fizikal yang tetap
* Mengurus tekanan (stress) dengan baik
* Dapatkan pemeriksaan jika tidak sihat
* Jauhi amalan merokok dan meminum alkohol


Kesan Daripada Amalan Kebersihan Harian


Kebersihan harian memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan status kesihatan yang baik. Amalan kebersihan yang baik memastikan tubuh serta persekitaran jauh daripada kuman dan jangkitan penyakit. Misalnya, amalan membasuh tangan selepas ke tandas dapat mengelak penyakit yang disebabkan oleh kuman yang terdapat dalam najis.



Tahap Kebersihan Diri dengan Rakan Sebaya


Kebersihan diri yang baik menjamin hubungan sosial dengan rakan sebaya dalam keadaan baik. Ini kerana seseorang yang sentiasa bersih akan menunjukkan imej yang bersih untuk bersama rakan sebaya. Tubuh badan yang berbau serta berpenyakit akan menyebabkan rakan sebaya atau orang lain di sekeliling kita menjauhkan diri. Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku.


Keadaan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan mental kerana tiada manusia yang ingin disisihkan. Seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri dengan baik akan menjangkitkan penyakit kepada rakan. Misalnya jika kulit seseorang dijangkiti kudis, ia boleh menjangkiti rakan yang bergaul rapat atau berkongsi peralatan peribadi seperti tuala mandi dan selimut.


Kita juga perlu menasihati rakan sebaya yang kurang menjaga kesihatan. Berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan rakan adalah amalan yang baik.




Kemajuan Teknologi Berkaitan Peningkatan Penjagaan Kesihatan




Penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi terutama teknologi komunikasi dan peralatan pemeriksaan segera. Masyarakat umum boleh mendapat maklumat berkaitan kesihatan melalui laman web agensi kesihatan peringkat global dan tempatan.


Penggunaan internet untuk menyebar maklumat berkaitan kesihatan memberi pilihan kepada masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan sesuatu penyakit. Contohnya, perkembangan ICT dalam bidang teleperubatan di kawasan pedalaman di beberapa buah negeri di Malaysia di mana doktor boleh menghantar maklumat pesakit ke hospital di bandar untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan diagnosa penyakit dan rawatan. Begitu juga sebaliknya di mana staf di klinik di luar bandar boleh berhubung dengan hospital utama atau ibu pejabat untuk mendapat maklumat dan khidmat nasihat.

Penciptaan peralatan untuk pemeriksaan atau pemantauan sendiri terhadap tahap tekanan darah dan tahap glukos dalam darah memudahkan individu menilai tahap kesihatan diri. Keputusan segera tanpa menunggu giliran di klinik membolehkan individu mengambil langkah mengamalkan gaya hidup sihat terutama pemakanan untuk menurunkan glukos darah.





Peralatan pemeriksaan segera seperti glucometer (Rajah 2.1), accutrend dan strip memberi keputusan segera tahap glukos dan kolesterol dalam darah. Kita tidak perlu menunggu lama untuk mendapat perkhidmatan ini di makmal. Malah pemeriksaan secara percuma boleh didapati semasa klinik dan hospital menjalankan aktiviti kem kesihatan dan saringan kesihatan dalam komuniti.

Teknologi berkaitan penurunan berat badan menjadi kian popular pada masa kini. Pusat pengurusan kecantikan dan kesihatan tubuh badan terdapat di seluruh negara. Pusat ini menyediakan pelbagai teknologi seperti penjagaan kulit, rambut serta penurunan berat badan. Teknologi memudahkan masyarakat menjaga tahap kesihatan.




Soya asas kesihatan diri

Berkhasiat memutih, licinkan kulit dan seimbangkan hormon


WANITA dikatakan mula dijengah kedut pada awal usia 40-an, namun jika ada penjagaan teliti dan sempurna terhadap kulit wajah, anda mungkin dapat menikmati ‘usia muda’ lebih lama berbanding wanita lain. 

Begitupun, kemajuan teknologi kini banyak membantu wanita memiliki ‘rasa muda’ menerusi pelbagai cara walaupun ada wanita setia mengamalkan cara tradisional menjaga kulit wajah supaya tidak dimamah usia. Ada yang berasa muda apabila mereka masih mampu keluar beriadah bersama keluarga mahupun rakan atau takrif muda pada wanita adalah tiada sebarang kedut pada wajah dengan badan berasa sihat serta cergas. 
Kenyataannya rasa muda mencetus banyak pengertian bergantung kepada pengisian individu terhadap penjagaan kecantikan dan diri mereka sendiri. Pengambilan makanan tambahan juga dikatakan dapat membantu kesihatan diri ke arah yang lebih bermutu. 

Sama disedari atau tidak, banyak makanan tambahan berasaskan bahan tumbuhan semula jadi daripada alam sekitar mempunyai banyak manfaat untuk kesejahteraan badan sekiranya anda tahu kebaikan yang ada pada tumbuhan berkenaan. 

Soya umpamanya, sejak berzaman diproses menjadi minuman enak penghilang dahaga selain masyarakat sudah mengetahui khasiat kacang lonjong itu ialah berupaya memutih dan melicinkan kulit selain boleh menggantikan susu sebagai minuman. 

Pengurus Pemasaran Nuvafemme, Datin Swanee Teh, berkata soya sejenis bahan khas yang boleh didapati dalam soya membawa banyak kebaikan kepada wanita terutama bagi mereka yang mencari bahan sihat untuk kesihatan diri. 
“Bahan berkenaan dinamakan soy isoflavone dan ia boleh ditemui dalam soya. Ekstrak daripada soy isoflavone itu menerbitkan genistein. 

“Genistein adalah bahan aktif dalam makanan tambahan berkenaan dan ia menyerupai hormon wanita di dalam badan iaitu estrogen. Ia membantu menyeimbangkan hormon, menjadikan kulit lebih muda, payu dara lebih tegang dan tulang lebih kuat,” katanya pada majlis pengenalan duta Nuvafemme, di ibu kota baru-baru ini. 

Sehubungan itu, apabila hormon dalam badan seimbang wanita akan mengalami rasa tenang dan tenteram serta isu penuaan bukan lagi menjadi suatu kerisauan kerana keyakinan terhadap kewanitaan yang sempurna sememangnya tidak ternilai. 

Secara keseluruhannya, makanan tambahan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kulit kelihatan muda berseri, tulang menjadi lebih kuat serta mencegah risiko tulang rapuh, pengurangan ketinggian dan tulang belakang yang bongkok. 




TIPS KURUSKAN BADAN

Ingatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.

Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.

Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.

Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.

Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).
1.  Makan
2.  Minum
3.  Senaman
4.  Rehat
5.  Solat

Petua Makan







Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.

Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.

Kadar makanan

Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.

Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.

Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.

Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.

Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.
Panduan Piramid Makanan


 Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.

Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.

Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.

Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.

Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.

Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.

Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.

 Petua Minum



Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.
Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.

Petua Senaman

Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.


Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.

Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.

Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.

Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.

Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.

Petua rehat

Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.

Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.

Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.

Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.

Solat

Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki psikologi serta jati diri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.

Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.

Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.

Petua kurus untuk wanita
Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.

Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.

Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.



ARTIKEL KESIHATAN : MENGANTUK LEPAS MAKAN


KHASIAT TABIAT MINUM AIR
MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.
Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.


Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.



Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.



Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.



Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.



Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.



Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.



Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.



Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.



Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.



Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.



Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air?
Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.



Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.



Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.



Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.



Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.



Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.



Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:



·                     Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
·                     Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
·                     Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan .         bercetak
·                     Tekanan darah menurun
·                     Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
·                     Lesu pada waktu siang
·                     Sakit belakang
·                     Dehidrasi
·                     Sakit kepala
·                     Memperlahankan kadar metabolisma
·                     Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
·                     Sendi dan otot mengalami kekeringan
·                     Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
·                     Meningkatkan keinginan untuk makan
·                     Darah menjadi pekat
·                     Mudah keliru.
·                     Degupan jantung meningkat
·                     Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan


GAYA PEMAKANAN SIHAT


 Piramid makanan sangat membantu dalam pemilihan makanan berkhasiat

KESIHATAN adalah sesuatu yang amat berharga dalam dunia masa kini yang terdedah dengan berbagai ancaman penyakit dan masalah kesihatan. Punca utama musibah ini adalah hasil dari gaya hidup yang tidak sihat serta amalan pemakanan yang tidak bijaksana.
Pemilihan pemakanan yang tidak bijaksana akan mendedahkan manusia kepada pengumpulan bahan kimia, toksik, racun di dalam tubuh badan. Malah yang lebih dahsyat, manusia sudah mengamalkan makanan luar tabii dengan menzalimi berbagai jenis haiwan yang bukan tergolong sebagai haiwan yang boleh dimakan. Apakah “SARS” juga turun sebagai “bala” yang disebabkan amalan pemakanan yang zalim ?
Justeru…..kembalilah kepada pemakanan semulajadi dan berfitrah. Amalkanlah gaya pemakanan sihat.
TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT
1.    Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2.    Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahi dengan “Alhamdulillah”.
3.    Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4.    Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5.    Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6.    Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7.    Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8.    Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9.    Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10.  Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11.  Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12.  Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protin dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda..
Sekiranya anda mampu untuk mengamalkan kesemua perkara di atas, anda telah dapat menunaikan kewajipan iaitu menjaga kesihatan tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah SWT.







3 comments:

  1. suker ngan tips yang dikongsikan terutama cara nabi tu...silalah jenguk blog saya yer.. http://prestigiousws.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Info yang baik. Keep up the good works!

    Boleh singgah di blog saya
    http://insuranstakafulmurah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Terimakasih untuk info yang menarik. Jemput singgah di blog saya juga Izwacoway.com

    ReplyDelete