Monday 16 July 2012

Perak Man



Penemuan Perak Man oleh ahli arkeologi di Lenggong, Perak telah membuktikan bahawa wujud zaman Paleolitik di Malaysia. Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991 hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Melalui teknik penyelidikan Radiokarbon pada tulang tersebut, rangka ini berusia antara 10,000 hingga 11,000 tahun yang lalu. Jumpaan manusia Perak iaitu rangka manusia zaman Paleolitik yang dikebumikan ini telah ditemui dengan kedudukan kaki terlipat. 

Mengikut kajian Dato' Dr Zuraina, ketua penyelidik USM yang menemui rangka tersebut, ia ditemui di Gua Gunung Runtuh, dengan dikelilingi tulang-temulang bangkai haiwan seperti khinzir, pelanduk dan kura-kura. Rangka ini juga dikebumikan dengan kakinya dirapatkan ke dada. Ini menunjukkan Perak Man dikebumikan mengikut ritual khusus masyarakat Paleolitik.

Lebih menarik lagi, Perak Man mengalami kecacatan kekal Brachymesophalangia Type A2 iaitu tangannya tidak sama panjang. Tulang belakangnya juga bengkok tetapi arkeologis percaya Perak Man adalah seorang yang sangat dihormati oleh masyarakatnya ketika itu.Ini kerana di kawasan perkuburannya, terdapat lebih daripada 3,000 kulit siput. Ssetengah daripada siput itu sudah tiada lagi pada zaman ini.

Kita sedia maklum bahawa kulit siput pada zaman dahulu, adalah sesuatu yang sangat berharga. (Itulah juga asal mengapa orang Perak menyebut nilai mata wang sebagai (kupang)


Masyarakat Paleolitik pada zaman itu menggunakan batu yang kasar sebagai alat memotong daging, senjata dan seumpamanya. Terdapat beberapa artifak seperti batu yang tajam di sisinya, dipamerkan di Muzium Lenggong, Perak.

Selain itu, kulit siput dan tembikar lama juga membuktikan masyarakat Paleolitik sudah mula membina tamadun mereka pada waktu itu.


Kedudukan rangka Perak Man semasa penemuannya.


Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya sebagaimana ia ditemui.


Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani kehidupannya.




Ilustrasi kehidupan manusia zaman pra sejarah..
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45 tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.


My Kad Perak Man.. Salah satu bahan pameran di Muzium Arekologi Lenggong..


Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.

No comments:

Post a Comment